Friday 2 December 2011

EMPAT BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

 
MENGAMBAR


MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

 
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


MENGENAL SENI KRAF TRADISIONAL



PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN

-Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentukbentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.
-penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.


Pengujian Formal dan Tidak Formal

-Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.

-Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif

-Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran.

-pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran.

Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)
-Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.

-Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan -Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah,guru boleh memfokuskan pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.

Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik

-Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
-Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.

Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif

-Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
-kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.\


Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-cipengujian alternatif.

1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkkeperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.


-Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).

-Temuramah -Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar.

-Perbincangan -Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji.

-Pengujian Berasaskan Persembahan (Performance-based Assessment)-pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.

-Maklum Balas-Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup
Portfolio -Kesemua hasil kerja pelajar karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.


PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN SENI

1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanakkanak?

2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkankanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secara individu?

3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar? Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar? Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapanpelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri?

4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan? Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?

5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni?

6.Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?


PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK

-pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
-luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.
-tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar di dalam kelas.
-cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium sen


PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI

-Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu.

PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI

-mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspekaspek estetika.

PENGURUSAN STUDIO/BILIK SENI DI SEKOLAH

(a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna terang - nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar

(b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat

(c) Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.

(d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu.

(e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka – meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar.

(f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

KESELAMATAN DAN DISIPLIN

(a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid.
(b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur - mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid.
(c) Mewujudkan Panduan Keselamatan - Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak - Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera Thinner- Acrylic

Pemilihan Karya

Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif penghasilan karya – untuk cantik atau sebaliknya ).

Susun Atur Karya

  1. Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah panel pameran diperlukan 4 x 8 ‘- setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik.
  2. Karya 3 Dimensi – Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya. - disusun mengikut jenis dan ketinggian - hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

 Pendidikan Sebelum Merdeka

Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.

Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.

Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah ‘Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.


Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Pendidikan Malaysia

Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)